Sunday 2 December 2012

Solat tiang agama.

Assalamualaikum...
        Solat adalah yang paling utama. Mendirikan solat umpama mendirikan agama. Apabila mendirikan solat maka sebenarnya kita telah menegakkan ke lima-lima rukun Islam.

1. Tertegaknya rukun yang pertama iaitu syahadah. Dalam solat sememangnya kita perlu mengucap dua kalimah syahadah iaitu ketika bacaan tahiyat awal dan tahiyat akhir. Jadi boleh dikatakan bahawa solat itu me "renew" syahadah kita yang mana kita semua tahu kekadang di waktu pagi iman kita sangat tebal tetapi di sebelah petang iman kita telah menjadi nipis angkara realiti dunia kita pada hari ini yang banyak cubaan dalam memelihara iman.

2. Tertegaknya rukun Islam ke-dua iaitu solat. Sememangnya kita sedang mendirikan solat.

3. Tertegaknya rukun Islam ke-tiga iaitu puasa. Sememangnya sewaktu solat kita tidak diboleh makan walaupun sisa makanan di celah gigi.

4. Tertegaknya rukun Islam ke-empat iaitu menunaikan zakat. Apabila kedengaran azan maka kita pun meninggalkan segala urusan keduniaan (berjual beli umpamanya) untuk mendirikan solat. Rezeki atau apa sahaja yang terlepas sepanjang kita mendirikan solat itu bukanlah satu kerugian sebenarnya tetapi ianya umpama zakat kita di jalan Allah. 

5. Tertegaknya rukun Islam ke-lima iaitu menunaikan haji. Apabila mendirikan solat kita perlu mengadap kiblat dimana seluruh umat Islam apabila mendirikan solat akan mengadap kiblat yang satu iaitu Baitullah al-haram. Simboliknya samalah umpama kita pergi menunaikan haji ke Mekah.

Maka mungkin dengan hujah-hujah diatas itulah yang menjadikan SOLAT itu antara amalan terawal yang akan dipersoalkan apabila kita bertemu Allah kelak. Ini dikuatkan lagi dengan perintah SOLAT yang diperintahkan secara terus kepada junjungan besar nabi kita Muhammad SAW ketika peristiwa Isra' Mi'raj. 

Monday 12 November 2012

Muqaddimah...

 
Islam adalah agama samawi yang di wahyukan oleh Allah SWT melalui perantaraan Malaikat Jibril AS kepada Nabi Muhammad SAW untuk di sampaikan kepada semua manusia.

Pengertian.

Dari segi bahasa : sejahtera, selamat, aman dan menyerah.

Dari segi istilah : Menyerah diri kepada Allah SWT, tunduk dan patuhkepada perintah serta membenarkan perkara yang disampaikan oleh Rasulullah SAW.

Rukun Islam.

1. Mengucap dua kalimah syahadah.
2. Solat lima waktu sehari semalam.
3. Berpuasa sebulan di bulan Ramadhan.
4. Mengeluarkan zakat.
5. Menunaikan haji di baitullah.

Boleh merujuk ke :  http://www.e-mosque.com.my/ibadatfardhu/erti.html