4. Mengeluarkan zakat.



 1. Zakat ialah mengeluarkan sebahagian daripada harta yang tertentu
    dan diberikan kepada mereka yang berhak menerimanya.

2. Zakat juga bererti : suci, bersih, subur, berkembang.

3. Zakat terbahagi dua :
    a) Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan keatas setiap lelaki
        dan perempuan muslim yang berkemampuann dengan syarat-syarat
        yang ditetapakan.
    b) Zakat Harta ialah pengeluaran sebahagian daripada harta yang
        dihimpun dalam masa setahun serta cukup sukatan ( bijian, emas,
        perak, ternakan, wang dan barang-barang perniagaan.



4. Golongan yang layak menerima zakat :

    Fakir ( golongan yang tidak mempunyai harta )


    Miskin ( orang yang mempunyai harta tetapi tidak mencukupi )


    Amil ( orang yang ditugaskan mengutip zakat )

Muallaf ( orang yang baru memeluk Islam )


    Hamba ( orang yang ingin memerdekakan diri )



    Pemiutang ( orang yang menanggung hutang yang tidak mampu dibayar )



 
 Fisabilillah ( orang yang berjuang dijalan Allah )




    Ibnussabil ( orang yang terputus bekalan semasa dalam perjalanan )



   

No comments:

Post a Comment