1. Mengucap dua kalimah syahadah.


Syahadah ialah pengakuan tentang keesaan Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW sebagai Rasulnya. Dengan mengucapkan dua kalimah syahadah sahlah seseorang itu sebagai seorang Muslim. Maka segala kefardhuan dalam islam menjadi wajib ke atasnya dengan kata lain mesti dilaksanakan.

أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلَّا الله
وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُوْلُالله
Maksudnya : Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Kita wajib mengakui bahawa tiada tuhan melainkan Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW itu pesuruh Allah.

Syahadah pada bahasa membawa maksud : iqrar, pengakuan dan keyakinan.

Pada istilah pula syahadah ialah pengakuan tentang keesaan Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW itu sebagai rasulnya.

Orang yang mengucap dua kalimah syahadah wajib yakin dengan erti kalimah dan mengamalkannya.

Mengucap dua kalimah syahadah ialah syarat seseorang itu memeluk agama Islam dan dipanggil muslim.


Terdapat beberapa perkara yang dituntut di dalam kalimah syahadah :
1. Amar maaruf dan nahi mungkar.
2. Sentiasa bersyukur atas segala rahmatnya.
3. Menjadikan al-Quran dan hadis sebagai pegangan.
4. Menjadi hamba Allah SWT yang taat dan seti menjalankan perintahnya.

Sebab yang mewajibkan orang Islam mengucapkan dua kalimah syahadah  kerana :
* Syahadah adalah tanda seseorang itu beragama Islam.
* Dalam solat kita mengucapkan dua kalimah syahadah.







10 comments:

  1. Assalamualaikum. Tahniah, ustaz dah ada blog P&P Rukun Islam yang menarik! Boleh menjadi pengukuhan kepada murid-murid (mengulang belajar di rumah) selepas P&P di sekolah.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum wbt,
    Seronoknyer join blog Ustaz. Cantik dan menarik. Mudah mudahan dapat A.:)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah...tu la kalau tau dari dulu dah buat blog...baru belajar....

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum. Saya mahu minta izin untuk berkongsi isi2 post ini di blog saya boleh? ownmyownstory.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. Sila baca dan fahami huraian yang terkandung di dalam blog ini:
    http://cahayamenerangikegelapan.blogspot.com/2011/09/terjemah-aqidah-ahli-sunnah-wal-jamaah.html

    ReplyDelete
  6. Sila baca dan fahami huraian yang terkandung di dalam blog ini:
    http://cahayamenerangikegelapan.blogspot.com/2011/09/terjemah-aqidah-ahli-sunnah-wal-jamaah.html

    ReplyDelete
  7. Terima kasih dengan ilmu yang dikongsi ..

    ReplyDelete
  8. That's really amazing collection about (mengucap dua kalimah syahadah rumi). I love this wonderful collection thanks for sharing.

    ReplyDelete
  9. That's really amazing recitation about (2 kalimah syahadah). Thanks for sharing. I really love it.

    ReplyDelete